| PAS tidak akan bersama Umno pertahankan perkauman |
|
Harakahdaily
Tue | Sep 08, 09 | 11:38:01 am MYT |
|||||||
|
KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka. Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam. Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam. Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina". Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu. Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini. "Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin. Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini. "Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau. Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit. "Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu. "PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin. Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka. "Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin. __________________ KOMEN PEMBACA __________________ 1. Harap para pimpinan pas akan berhati-hati dengan najib...awas muslihat UMNO. - Teropong Jauh. 2. Betul kata Naib Presiden...isu perkauman bukan mainan PAS...dalam pru-13 ayuh semua ketepikan UMNO buat selama-lamanya. - ADI, GOMBAKK. 3. Mari kita lihat apoa kata najib dan muhyiddin selepas respons naib presiden ini...mesti cakap pusing punya. - Jamil, Kuantan. 4. Ini semua auta punya cerita...itu najib memang nak main saiko...awas semua. - Surady,Meru. 5. Perjuangan UMNO sebenarnya telah terasasar jauh kerana perjuangan berdasarkan bangsa 'assobiah' yang diwarisi dari penjajah (sekular) sememangnya dilarang oleh Rasulluah saw. Lihat pada hari ini UMNO seolah-olah tiada arah perjuangan(tidak tentu arah) dan tiada kekuatan kerana setiap dari mereka hanya berjuang untuk mengejar duniawi semata-mata (keuntungan diri). Oleh itu apa sahaja agenda atau slogan yang terbaru 'One Nation' itu semuanya seolah-olah tidak bermakna malah dari segi perlaksanaannya bercanggah dari slogan tersebut kerana UMNO sendiri masih melakukan dan membakar semangat perkauman. Sedangkan Allah swt memastikan sebagai pemimpin Islam kita mesti mempamerkan Akhlak Islam iaitu dengan berlaku adil walaupun kepada golongan bukan Islam terutama sekali kepada Kafir Zimmi dan mereka yang simpati dengan perjuangan Islam. Lagi pula Islam bukan agama untuk satu bangsa sahaja. Maka sudah jelas disini dasar perjuangan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS jauh berbeza dengan perjuangan UMNO umpama air dengan minyak sampai bila-bila tidak boleh bercampur oleh itu saya menyokong penuh bahawa tidak perlu diwujudkan kerjasama antara PAS dengan UMNO sampai bila-bila kecuali mereka kembali kepada dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulluah saw. bukan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian ajaran Islam.-Mes3, Batu Pahat. 6. Jangan layan sebarang usaha nak dekatkan PAS dengan UMNO, parti yang ditolak oleh orang Melayu yang celik hati. Biarlah orang-orang yang gelap mata hati kepada kebenaran dan Islam yang tinggal sementara tunggu ia mereput. Ajakan Najib yang tengah terdesak dan penuh muslihat untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. -Nizam, KL. 7. Awas! Tidak mustahil orang seperti Najib akan menggunakan akta darurat seluruh negara di ambang kejatuhannya nanti iaitu pada PRU 13. Itu mungkin senjatanya yang terakhir bagi menidakkan PR mengambil alih pemerintahan negara bertuah ini. Fikirkanlah. - Nuar, Taiping. (Harakahdaily kini akan menyiarkan respon pembaca terhadap semua berita yang tersiar. Sebarang respons untuk berita ini sila alamatkan ke: Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya agar dapat disiarkan) _ |
|||||||